SHAKLEE VITAMIN SIHAT SEMULAJADI - 내 마음의 왕

SHAKLEE VITAMIN SIHAT SEMULAJADI

ASAL USUL SHAKLEE

Kali ni amy nak kongsikan berkenaan dengan shaklee dan pengasasnya. SHAKLEE merupakan sebuah syarikat yang berlandaskan falsafah dalam menawarkan produk mesra alam dan kesihatan yang selaras dan patuh pada prinsip yang telah dibina oleh pengasasnya, Dr. Forrest C Shaklee. Jenama shaklee telah diambil sempena nama pengasasnya. Shaklee merupakan satu syarikat yang pertama sekali menghasilkan vitamin dan suppliment untuk nutrisi dan kesihatan manusia di dunia.

DR. FOREST CLELL SHAKLEE


Pengasas shaklee iaitu Dr. Forest C Shaklee dilahirkan pada bulan November di Carlisle, Lowa. Sewaktu beliau dilahirkan, beliau disahkan mengidam penyakit tuberculosis (batuk kering). Doktor meramalkan beliau hanya boleh hidup sehingga berumur 8 tahun. 

Disebabkan penyakitnya itu, keluarganya membuat keputusan untuk berpindah dari Carlisles (kawasan lombong arang batu) ke utara Lowa kerana mereka percaya rawatan terbaik untuk batuk kering adalah udara yang bersih dan segar serta rehat yang mencukupi.

Zaman kanak kanak beliau banyak dihabiskan dengan berehat dan memerhati alam sekitar. Apabila beliau sudah meningkat remaja, doktor berpuas hati dengan kesihatan beliau dan mengatakan penyakit tuberculosis beliau adalah terkawal. Walau bagaimanapun, beliau tetap tidak sesihat dan secergas remaja lain seusia dengannya.


Forrest Shaklee banyak menghabiskan masa membaca tulisan dan falsafah Bernarr MacFadden dalam majalah “Physical Magazine” yang mengatakan ‘dadah (ubat) hanyalah menutup simptom, tanpa mengubati penyakit’. Beliau tahu berdasarkan pemerhatian beliau terhadap alam sekitar, manusia boleh dirawat dengan kaedah semulajadi. Ini menyebabkan beliau sangat berminat dengan science of chiropracticcare.

Forrest Shaklee kemudiannya mendaftar masuk ke Palmer School of Chiropractic yang diketuai oleh B.J. Palmer. Walaupun beliau mengagumi Palmer, beliau kurang bersetuju dengan pendapat Palmer yang merasakan chiropractic adalah satu-satunya rawatan untuk penyakit fizikal. Beliau percaya perlunya ada sistem yang lebih menyeluruh untuk memelihara kesihatan badan.

Sewaktu menjadi seorang chiropractic practitioner, minat beliau terhadap nutrisi bercambah. Beliau banyak membaca tentang biochemist dan kajian-kajian saintifik terbaru tentang kepentingan nutrisi. Pada tahun 1915, beliau telah berjaya mencipta suplemen pertama di dunia dalam bentuk makanan yang beliau namakan “Vitalized Minerals” yang sekarang dikenali sebagai Vita-Lea.

Disamping menguruskan pusat rawatan beliau, Shaklee juga menghabiskan banyak masa untuk mempelajari tentang bidang baru pada waktu tersebut, iaitu X-ray diagnosis. Pada waktu tersebut, bahaya pendedahan terhadap sinaran X masih belum diketahui. Pada tahun 1921, beliau merasa bimbang dengan kesakitan yang beliau alami di pinggul kanan dan bahu kiri beliau.

Shaklee akhirnya berjumpa dengan seorang pakar kanser di Chicago yang mengesahkan sakit tersebut berpunca daripada kanser. Pakar tersebut percaya sel kanser tersebut boleh disekat sekiranya lengan kiri dan kaki beliau dipotong (amputated). Forrest Shaklee mendapatkan pandangan kedua dari Mayo Clinic di Rochester yang juga mengesahkan beliau menghidap kanser.

Pada waktu tersebut, kerjaya beliau sebagai seorang doktor muda sedang melonjak naik. Beliau juga mempunyai seorang isteri yang mengandung dan seorang anak. Beliau tak dapat menerima keputusan bahawa beliau terpaksa ‘dikudungkan’. Beliau memberitahu isterinya, “Saya akan hidup. Saya akan sembuh. Saya pasti boleh melakukannya.”. Beliau percaya beliau boleh bergantung dengan kuasa penyembahan secara semulajadi.

Selepas beberapa minggu, beliau menjual pusat rawatan dan memulakan rawatan intensif dengan nutrisi, membuat analisa darah secara kerap dan juga berpuasa. Beliau hanya makan buah dan sayur yang segar serta mengambil suplemen dalam kuantiti yang tinggi.

Pada mulanya, kanser beliau tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda positif namun beliau tidak berputus asa. Beliau percaya penyembuhan sekiranya beliau terus berfikiran positf dan juga mengambil nutrisi yang lengkap untuk badan beliau.

Pada penghujung tahun 1922, kanser beliau semakin sembuh. Kesihatan dan tenaga beliau juga semakin pulih. Beliau masih hidup. Ini menyebabkan beliau semakin yakin bahawa pendapat beliau tentang nutrisi adalah benar. Sel-sel sihat dalam badan beliau telah berjaya mengalahkan sel kanser. Beliau juga percaya bahawa nutrisi yang bagus boleh membantu orang lain untuk turut sihat.

Pada tahun 1924, Forrest Shaklee sekali lagi membuka pusat rawatan. Kali ini, beliau menggunakan formulasi makanan tambahan  (suplemen) yang dipakejkan oleh beliau dan diberikan kepada pesakit.
Malang tidak berbau. Beliau sekali lagi diuji pada tahun 1929 apabila pusat rawatan beliau terbakar dan memusnahkan semua rekod beliau. Semuanya musnah kecuali sebuah buku inspirasi daripada Elbert Hubbard bertajuk Little Journeys to The Homes of the Great. Satu bahagian dalam buku tersebut berbunyi, “When all else is destroyed, only the product of the mind exists.”.

Walaupun beliau mempunyai minat yang pelbagai, Shaklee membuat keputusan untuk menumpukan perhatian kepada kajian tentang nutrisi. Beliau memilih untuk fokus kepada membina tubuh yang sihat berbanding merawat orang yang telah sakit. Beliau berpindah Eugune, Oregon dan kemudiannya ke Oakland, California.

Selain daripada membuat kajian tentang nutrisi, beliau juga banyak memberikan syarahan umum dan memdapat dua ijazah kehormat; Profesor of Chiropractic dan Doktor of Naturopathy. Pada tahun 1935, beliau mula mengajar biochemistry di California Chiropractic College.

Beliau bersara pada tahun 1943 dan mula menulis artikel tentang kuasa minda dan penyembuhan dan kesihatan badan pada tahun 1945. Falsafah dan ideologi beliau sepanjang sejak kecil adalah pada kuasa alam (the power of nature). Dua tahun kemudian (1947), beliau menubuhkan The Shaklee Foundation dan menamakan falsafah beliau sebagai “Thoughtmanship” (copyrighted).

Beliau telah menulis dan menerbitkan empat jilid tentang Thoughmanship. Ini menyebabkan beliau dianugerahkan Doctorate in Philosophy daripada Commonwealth University, Los Angeles. Banyak siri syarahan beliau dimainkan di corong radio di Sans Francisco dan Oakland.

Pada penghujung tahun 1955, pada usia 62 tahun, Forrest Shaklee memberitahu anaknya, Forrest Jr. dan Lee bahawa beliau ingin melakukan sesuatu yang boleh memberikan impak terhadap kesedaran masyarakat tentang kepentangan nutrisi dan suplemen. Beliau ingin memulakan bisnes mengedarkan suplemen.

Enam bulan kemudian, tanggal 1 April 1956, Shaklee Corporation ditubuhkan. Pada waktu tersebut, Amerika percaya bahawa negara Amerika adalah the best fed nation. Ini menyebabkan mereka perlu meyakinkan setiap pembeli tentang kepentingan suplemen terlebih dahulu.

Untuk memastikan pengetahuan tentang kepenting suplemen Dr. Shaklee memberitahu anaknya, “Kita akan ajar beberapa orang, dan beberapa orang ini akan mengajarkan kepada yang lain.”.

Dengan pelbagai kajian, kerja keras dan komitmen yang tidak berbelah bahagi, akhir keluarga Shaklee telah berjaya menjadi konsep direct selling produk suplemen menjadi satu fenomena pada hari ini. Semuanya bermula dengan keyakinan Dr. Shaklee tentang kuasa penyembuhan dan falsafah “Thoughtmanship” beliau.

Pada tahun 1956 Dr. Forrest C Shaklee mengasaskan Shaklee Corporation dengan kesedaran bahawa sains dan alam semulajadi mampu digabungkan untuk menjadi penawar terbaik untuk kesihatan manusia. Antara falsafah penting yang beliau pegang ialah Living in Harmony with Nature.

Berpegang kepada prinsip di atas, Dr. Shaklee telah mengasaskan produk supplemen semulajadi dan pencuci terbaik yang mesra alam sekitar. Produk-produk ini menjadi asas pembentukkan syarikat Shaklee dengan konsep "Mencipta Kehidupan Yang Lebih Baik".

Pada tahun 1986 Dr. Forrest C. Shaklee telah meninggal dunia pada umur 91 tahun. Pemergiannya meninggalkan warisan yang telah mengubah kehidupan manusia dan akan terus mengubah kehidupan berjuta juta manusia lagi.

KRONOLOGI SEJARAH PERKEMKBANGAN SHAKLEE


1960 - Shaklee memperkenalkan pencuci pekat organic Basic-H, salah satu pencuci biodegrasi, bebas toksik yang pertama.

1961 - Shaklee mencipta salah satu rumusan suplemen protein segera berasaskan soya yang pertama yang dikenali kini sebagai ESP.

1972 - Shaklee memperkenalkan serbuk pencuci pakaian biodegrasi tanpa fosfat, nitrat atau borat yang pertama.  (baca Get Clean Home System)

1977 - Shaklee disenaraikan dalam Bursa Saham New York

1981 - Shaklee memperkenalkan vitamin C berasaskan tumbuhan dengan pembebasan terkawal yang pertama. (baca SR Vita-C Plus)

1982 - Shaklee menjadi syarikat Fortune 500

1993 - Membekalkan NASA dengan satu minuman rehidrasi (baca Performance Drink) yang dirumus khas untuk para angkasawan yang digelar Astro Aide.

1996 - Shaklee membantu ahli-ahli sukan bertaraf dunia memenangi 8 pingat emas di Atlanta.

2000 - Shaklee menjadi syarikat pertama di dunia memperolehi sijil Climate Neutral yang mengimbangi pembebasan karbon dioksida di mana ia menghasilkan impak sifar pada alam sekitar.

2004 - Shaklee membantu atlit-atlit bertaraf dunia memenangi 15 pingat emas di Athens, Greece.

2005 - Shaklee memperkenalkan satu daripada formula imun penggalak interferon semula jadi pertama yang dinamakan NutriFeron

2006 - Pasukan ski dan luncur salji Amerika Syarikat yang diperkasai oleh Shaklee, memenangi 10 pingat di Torino, Itali.

2007 - Shaklee memperkenalkan Vivix, penemuan revolusi rerbaru dalam anti penuaan sel.

2013 - Shaklee memperkenalkan CoQ Health Plus, yang dapat membantu menyokong jantung sihat dan menangani masalah penyakit kardiovaskular.

2014 - Shaklee memperkenalkan Phytocol-ST, membantu mengawal paras kolesterol secara semulajadi.

KRONOLOGI PENCAPAIAN INDIVIDU BERSAMA SHAKLEE


1983 – rakyat Amerika pertama mendaki Everest tanpa oksigen, dibekalkan dengan nutrisi Shaklee

1986 – Pesawat voyager yang dipandu tanpa henti mengelilingi dunia, dipandu oleh Dick Rutan dan Jeana Yeager yang diperkasakan oleh Shaklee.

1986 – Shaklee memperkasakan penjelajah Kutub Will Steger.

1987 – Jacques Cousteau and the Cousteau Society telah memilih Shaklee sebagai produk pencuci yang mesra alam.

1989 – Shaklee menganjurkan penamanan 1 juta pokok di Asia.

1991 – Shaklee dipilih oleh Biosphere 2, sebuah pusat penyelidikan sains untuk digunakan di pusat mereka.

1993 – Angkasawan NASA menggunakan AstroAide (Performance Drink, Vitalizer) sebagai peneman ke angkasa lepas.

KEISTIMEWAAN SHAKLEE

Sentiasa Selamat (Always Safe)

1. Lebih daripada 80 000 ujian kawalan kualiti tahunan dijalankan.
2. Potensi terjamin-pengesahan bahan botani daripada pihak ketiga
3. Ketulenan terjamin- 350 ujian-ujian pencemaran dikendalikan bagi setiap ramuan botani baru.
4. 100% kepuasan terjamin

Sentiasa Berkesan(Always Works)

1. RM300 juta dilaburkan dalam pengujian penyelidikan dan pembangunan

2. Terdapat 70 kajian klinikal bercetak
3. Terdiri daripada 60 saintis Shaklee.
4. Terdapat 55 paten dan paten tertunda.
5. Kajian ulangtahun ke 50 menunjukkan yang pengguna makanan tambahan Shaklee dalam jangkamasa panjang mempunyai kesihatan ternyata lebih baik daripada mereka yang mengambil hanya satu multivitamin atau tiada makanan tambahan langsung.

Sentiasa Semulajadi Sentiasa Mesra Alam ( Always Natural/Always Green)

1. TIADA perasa-perasa tiruan
2. TIADA pemanis tiruan
3. TIADA pewarna atau lemak trans
4. TIADA bendasing tersembunyi
5. TIADA ujian terhadap haiwan
6. TIADA bahan-bahan yang diharamkan
7. TIADA peluntur klorin

Beberapa senarai TIDAK Shaklee:

  • TIDAK Mengandungi Paraben
  • TIDAK Mengandungi Triklosan
  • TIDAK Mengandungi Phthalates
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
  • TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
  • TIDAK Mengandungi Glikol
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ”Volatile”
  • TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik
  • TIDAK Mengandungi Ammonia
  • TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida
  • TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
  • TIDAK Mengandungi Formaldehyde
  • TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
  • TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates
  • TIDAK Mengandungi Toulene
  • TIDAK Mengandungi Peluntur Warna
  • TIDAK Mengandungi Bahan Perisa
  • TIDAK Mengandungi Pewarna
  • TIDAK Mengandungi Lemak Trans
  • TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan
  • TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang

PERLUKAN RUNDINGAN / INGIN MENJADI PENGEDAR SAH  / INGIN MEMESAN PRODUK SHAKLEE DARI SUMBER SEMULAJADI,

HUBUNGI SAYA :

SAYA PERUNDING / PENGEDAR SAH SHAKLEE 
SHAKLEE INDIPENDENT DISTRIBUTOR

AMY SUHAILA BINTI LATIFF
SHAKLEE ID : 1407660
EMAIL : amysuhaila1105@gmail.com
SMS/Whatsapp : 0148804223




No comments: