내 마음의 왕: ☕️PANCAKES
Showing posts with label ☕️PANCAKES. Show all posts
Showing posts with label ☕️PANCAKES. Show all posts

Wednesday, 29 May 2019

RESIPI TUNA PANCAKE (CHAMCHIJEON) 참치전


Assalamualaikum readers sekalian alam...since bulan mei ni bulan kelahiran amy...so...mood rajin nak blogging tu melimpah ruah lah pulak...hahahahaha...kali ni amy nak share resipi tuna pancake a.k.a chamchijeon (참치전) pulak...

BAHAN-BAHAN :

1 tin tuna (boleh gunakan tuna in water)
1/4 cawan daun bawang yang dicincang halus
1 ulas bawang putih yang dicincang halus
Garam (secukup rasa)
1/4 ts lada hitam
1 ts minyak bijan
1 biji telur
1 tbs tepung (tepung naik sendiri/tepung gandum)

CARA-CARANYA :

1. Buang lebihan air di dalam tin tuna tersebut dan letakkan di dalam mangkuk. Hanya gunakan isi tuna sahaja.
2. Letakkan daun bawang, bawang putih, garam secukupnya, lada hitam, telur, minyak bijan dan tepung ke dalam isi tuna tersebut dan gaul sehingga sebati.


3. Panaskan kuali dengan api sederhana dan letak minyak sedikit.
4. Letakkan sesudu makan adunan tuna pancake ke dalam kuali yang telah dipanaskan.


5. Tekan sedikit adunan dan bentukkan sedikit menjadi bentuk bulat menggunakan sudu.
6. Masak sehingga kedua-dua bahagian menjadi coklat keemasan. 


7. Hidangkan tuna pancake begitu sahaja atau boleh dimakan dengan nasi. 


Lebih kurang macam makan nugget laaa...hehehehe...nak makan mcm tu je pun boleh...terkadang tu terlebih kreatif sedikit so ubahsuai ikut citarasa masing-masing lah ye...ni yang paling simple nak buat...selamat mencuba...muahhh siket...hehehehe

Tuesday, 28 May 2019

RESIPI KIMCHI PANCAKE (KIMCHIJEON) 김치전

Assalamualaikum dan selamat menyambut bulan ramadhan readers sekalian alam...amy nak share resipi kimchijeon a.k.a kimchi pancake yang dibuat dari kimchi cincang (chopped kimchi)...cukup untuk 2-4 serving...

BAHAN-BAHAN :

1 cawan kimchi yang telah dicincang kasar
3 tbs jus kimchi
2 tbs daun bawang yang dicincang halus
Garam
Gula
1/2 cawan tepung (tepung serbaguna / tepung gandum)
1/4 cawan air

CARA-CARANYA :

1. Masukkan semua bahan di atas ke dalam mangkuk dan gaul sehingga sebati.


2. Panaskan kuali dengan api sederhana dan letak minyak sedikit.
3. Letakkan adunan kimchi pancake di atas non-stick pan tersebut dan ratakan menggunakan sudu. Elakkan meletak adunan terlalu tebal. 
4. Masak sehingga kedua-dua bahagian menjadi coklat keemasan dan rangup.


Tips : Hidangkan sebaik keluar dari kuali untuk lebih sedap dan crunchy atau potong ala pizza untuk menghidang.


Selamat mencuba semuanya...dan jangan lupa share klw dah cuba ye...hehehehe

Tuesday, 9 May 2017

RESIPI TUMPIK LEMANTAK CHEESE

Assalamualaikum w.b.t...kedong dah petang macam tuk bagus juak kmk share cara molah tumpik lemantak towk. Mun sikmok bercheese sikboh engkah cheese k. Sik ada daun mudak pakei ajak la non-stick pan. Jadik juak nya. Dapat juak dimakan. Nyaman juak gik. Hehehehehe...kmk ajar cara plh step by step ok.

Untuk kawan-kawan yang dari semenanjung yang x tahu apa itu lemantak, lemantak diperbuat daripada pokok sagu dan dijual dalam bentuk ketulan. Kalau nak buat tumpik ni jangan guna tepung sagu ye sebab tepung sagu tu terlalu kering. 

BAHAN-BAHAN :

2 - 3 ketul lemantak (hancurkan dan jemur lebih kurang 20 minit di bawah matahari)
1/2kg putih kelapa parut
Garam secukupnya
Cheddar cheese (mun mowk bertarit pakei cheese mozarella)
Isi payak/udang

CARA-CARANYA :

1. Tekan-tekan dengan senduk rata-rata takut lemantak masih berketul. Sepatutnya di tekan dalam bekas berlubang halus (pengayak).
2. Masukkan kelapa parut putih dan garam secukupnya. Gaul rata.
3. Panaskan non-stick pan dengan api sederhana.
4. Tabur campuran lemantak tadi. Jangan terlalu tebal.
5. Tabur/Letakkan udang/payak di atas campuran lemantak.
6. Parut cheese.
7. Tabur lagi campuran lemantak tadi. Ranjiskan sedikit air kalau lemantak nampak kering.
8. Tutup periok dan biarkan seketika.
9. Terbalikkan bila dah agak perang di bahagian bawah. Tutup lagi dan biarkan seketika sehingga masak.

Dah siap! Boleh potong macam pizza style. Sebab ya lah nya ditunggah pizza melanau. Boh jerak encuba ey. Rugi sik encoba. Nang nyaman. Hehehehehe.