내 마음의 왕: ☕️ FERMENTED
Showing posts with label ☕️ FERMENTED. Show all posts
Showing posts with label ☕️ FERMENTED. Show all posts

Thursday, 30 May 2019

RESIPI SOS CECAH PEDAS KOREA (SSAMJANG) 쌈장

Assalamualaikum readers sekalian...kali ni amy nak share resipi sos cecah korea yang pedas...jangan ingat korea xde sos or sambal...dorang pun ada tau...hahahahaha...cume cara diorang buat je lah berbeza...bahan-bahan pun berbeza...kalau kita sini x habis-habis dengan belacan...dorang sana pulak tak habis-habis dengan gochujang...oh ya...gochujang dan doenjang dalam resipi ni korang boleh beli dari SHOPEE tau...tempat lain x pasti pulak tapi ada je yang jual homade gochujang dan doenjang yang halal...

BAHAN-BAHAN :

1/4 cawan doenjang (pes kacang soya)
1 tbs gochujang (pes cili)
1 batang daun bawang dicincang
1 ulas bawang putih yang dicincang
1/4 cawan bawang besar yang dicincang
2 ts madu
2 ts biji bijan panggang
2 ts minyak bijan

CARA-CARANYA :

1. Gunakan sudu dan gaulkan kesemua bahan sehingga sebati.
2. Pindahkan ke dalam mangkuk kecil dan hidangkan dengan nasi dan daun salad atau dengan BBQ daging.




Selamat mencuba...boleh lah makan BBQ "wraps" macam dalam drama korea kan lepas ni...x dapat pergi korea mencuba buat sendiri pun boleh...hehehehe

Saturday, 6 May 2017

RESIPI DANMUJI (YELLOW PICKLED RADISH) 단무지

Assalamualaikum w.b.t,

Amy dah janji nak share cara buat danmuji homemade dalam entry sebelum ni kan? Danmuji ataupun takuan ini rangup. It also enjoyed at the end of meals as it is thought to aid digestion.

BAHAN-BAHAN :

White raddish (yang gemuk dan panjang)
1/2 sudu kecik serbuk kunyit
Sebotol cuka beras (dalam 280ml)
Air (sama kuantiti dengan rice vinegar, tambah sedikit dalam 100ml)
1 cup gula
1 sudu besar garam (amy letak 1/2 je)
2 helai bay leaves
20 biji black pepper

CARA-CARANYA :

1. Untuk banchan : Kopek kulit white raddish dan hiris hiris. Jangan nipis sangat. Tebal sikit baru ada rasa crunchy.
2. Untuk Kimbap : Kopek kulit dan hiris setebal 1cm dan potong memanjang
3. Panaskan rice vinegar, air, gula, serbuk kunyit, black pepper dan bay leaves sehingga mendidih. Lepas tu matikan api.
4. Masukkan white raddish yang sudah dipotong dan biarkan menyejuk dalam suhu bilik.
5. Selepas sejuk, pindahkan ke dalam bekas tertutup dan biarkan semalaman di dalam peti sejuk sebelum dimakan.

Siap! Simple je kan?

Untuk beberapa hari, bau cuka tu kuat sikit, tapi lama-lama hilang juga. Bau white raddish pun ada kuat sikit .

Hehehehehehe.



Assalamualaikum.