내 마음의 왕: ☕️ SIDE DISH
Showing posts with label ☕️ SIDE DISH. Show all posts
Showing posts with label ☕️ SIDE DISH. Show all posts

Thursday, 30 May 2019

RESIPI SOS CECAH PEDAS KOREA (SSAMJANG) 쌈장

Assalamualaikum readers sekalian...kali ni amy nak share resipi sos cecah korea yang pedas...jangan ingat korea xde sos or sambal...dorang pun ada tau...hahahahaha...cume cara diorang buat je lah berbeza...bahan-bahan pun berbeza...kalau kita sini x habis-habis dengan belacan...dorang sana pulak tak habis-habis dengan gochujang...oh ya...gochujang dan doenjang dalam resipi ni korang boleh beli dari SHOPEE tau...tempat lain x pasti pulak tapi ada je yang jual homade gochujang dan doenjang yang halal...

BAHAN-BAHAN :

1/4 cawan doenjang (pes kacang soya)
1 tbs gochujang (pes cili)
1 batang daun bawang dicincang
1 ulas bawang putih yang dicincang
1/4 cawan bawang besar yang dicincang
2 ts madu
2 ts biji bijan panggang
2 ts minyak bijan

CARA-CARANYA :

1. Gunakan sudu dan gaulkan kesemua bahan sehingga sebati.
2. Pindahkan ke dalam mangkuk kecil dan hidangkan dengan nasi dan daun salad atau dengan BBQ daging.




Selamat mencuba...boleh lah makan BBQ "wraps" macam dalam drama korea kan lepas ni...x dapat pergi korea mencuba buat sendiri pun boleh...hehehehe

Wednesday, 29 May 2019

RESIPI TUNA PANCAKE (CHAMCHIJEON) 참치전


Assalamualaikum readers sekalian alam...since bulan mei ni bulan kelahiran amy...so...mood rajin nak blogging tu melimpah ruah lah pulak...hahahahaha...kali ni amy nak share resipi tuna pancake a.k.a chamchijeon (참치전) pulak...

BAHAN-BAHAN :

1 tin tuna (boleh gunakan tuna in water)
1/4 cawan daun bawang yang dicincang halus
1 ulas bawang putih yang dicincang halus
Garam (secukup rasa)
1/4 ts lada hitam
1 ts minyak bijan
1 biji telur
1 tbs tepung (tepung naik sendiri/tepung gandum)

CARA-CARANYA :

1. Buang lebihan air di dalam tin tuna tersebut dan letakkan di dalam mangkuk. Hanya gunakan isi tuna sahaja.
2. Letakkan daun bawang, bawang putih, garam secukupnya, lada hitam, telur, minyak bijan dan tepung ke dalam isi tuna tersebut dan gaul sehingga sebati.


3. Panaskan kuali dengan api sederhana dan letak minyak sedikit.
4. Letakkan sesudu makan adunan tuna pancake ke dalam kuali yang telah dipanaskan.


5. Tekan sedikit adunan dan bentukkan sedikit menjadi bentuk bulat menggunakan sudu.
6. Masak sehingga kedua-dua bahagian menjadi coklat keemasan. 


7. Hidangkan tuna pancake begitu sahaja atau boleh dimakan dengan nasi. 


Lebih kurang macam makan nugget laaa...hehehehe...nak makan mcm tu je pun boleh...terkadang tu terlebih kreatif sedikit so ubahsuai ikut citarasa masing-masing lah ye...ni yang paling simple nak buat...selamat mencuba...muahhh siket...hehehehe

Wednesday, 17 May 2017

RESIPI KOREAN EGG ROLL (GYERABJJIM) 계란말이

Assalamualaikum w.b.t...pagi ni amy nak share cara buat korean egg roll...sama je mcm telur dadar kite ni sebenarnya. Cuma, die nampak lebih cantik dri telur dadar biasa dan senang dimakan sebab dah dipotong kecil-kecil. So, ikut je step bawah ni kalau nak buat ye...jangan lupa cube tau...menu ni bagus sangat untuk buat lunchbox untuk anak-anak turun sekolah.

BAHAN-BAHAN :

3 biji telur
1 tbs daun bawang (cincang halus)
1 tbs carrot (cincang halus)
Garam

CARA-CARANYA :

1. Masukkan daun bawang dan carrot ke dalam telur + garam. Kalau boleh, gunakan non-stick pan x pon kuali leper.
2. Panaskan kuali dengan api sederhana dan letak minyak sedikit.
3. Tuangkan telur (dalam 1/3 ). Bila bahagian bawah dah masak sikit (ataupun kalau dah boleh angkat), lipat dalam 1 inci. Teruskan lipat. Pastikan bahagian atas tak masak sangat (so nanti bila lipat melekat, senang nak potong). Bila dah sampai hujung, Tuang lagi telur. Pastikan bersambung dengan sebelumnya. Gulung lagi dan biarkan sehingga masak.
4. Angkat. Biarkan sejuk dan potong. Sedia untuk dimakan. Wallahhh...

Saturday, 6 May 2017

RESIPI DANMUJI (YELLOW PICKLED RADISH) 단무지

Assalamualaikum w.b.t,

Amy dah janji nak share cara buat danmuji homemade dalam entry sebelum ni kan? Danmuji ataupun takuan ini rangup. It also enjoyed at the end of meals as it is thought to aid digestion.

BAHAN-BAHAN :

White raddish (yang gemuk dan panjang)
1/2 sudu kecik serbuk kunyit
Sebotol cuka beras (dalam 280ml)
Air (sama kuantiti dengan rice vinegar, tambah sedikit dalam 100ml)
1 cup gula
1 sudu besar garam (amy letak 1/2 je)
2 helai bay leaves
20 biji black pepper

CARA-CARANYA :

1. Untuk banchan : Kopek kulit white raddish dan hiris hiris. Jangan nipis sangat. Tebal sikit baru ada rasa crunchy.
2. Untuk Kimbap : Kopek kulit dan hiris setebal 1cm dan potong memanjang
3. Panaskan rice vinegar, air, gula, serbuk kunyit, black pepper dan bay leaves sehingga mendidih. Lepas tu matikan api.
4. Masukkan white raddish yang sudah dipotong dan biarkan menyejuk dalam suhu bilik.
5. Selepas sejuk, pindahkan ke dalam bekas tertutup dan biarkan semalaman di dalam peti sejuk sebelum dimakan.

Siap! Simple je kan?

Untuk beberapa hari, bau cuka tu kuat sikit, tapi lama-lama hilang juga. Bau white raddish pun ada kuat sikit .

Hehehehehehe.



Assalamualaikum.