Hari ni amy nak bercerita pasal alfalfa complex shaklee ya. Ini lah antara supliment terawal yang amy consume setelah berjinak2 dengan produk shaklee. Sebab apa? Sebab banyak sangat kebaikannya, rugi tak try. Nak tahu lebih detail, baca entry ni sampai habis. Confirm terpikat nak beli jugak. Kita sama2 sihat.
Alfalfa ni ada dua saiz tau. Small (330 tablets) & big(700tablets). Ni antara top produk shaklee yang selalu out of stock. Kalau nak kena cepat2 grab.
(packaging lama)
(packaging baru)
Alfalfa Shaklee /Alfalfa Complex Shaklee merupakan Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr Shaklee dalam tahun 1950-an.Diperbuat daripada tanaman Alfalfa (Medicago sativa) secara organik di California yang bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos/baja bebas kimia. Alfalfa juga dikenali sebagai “Raja Segala Tumbuhan”.
Medicago Sativa memiliki gred yang paling tinggi di kalangan tumbuhan alfalfa.Tumbuhan ini mengambil masa sekurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi.
Macam mana alfalfa shaklee dibuat??🤔🤔
Daun alfalfa dari Shaklee hanya dituai apabila ia telah mencapai tahap kematangan mutlak iaitu daun alfalfa yang telah matang kaya dengan klorofil.Daun-daun ini dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya. Manakala bahagian lain yang tidak penting dilupuskan.
Kemudian, daun-daun yang telah dikeringkan akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompres menjadi tablet. Keseluruhan proses ini dijalankan di bawah pengawasan dan kawalan Shaklee yang sangat ketat dan teliti. Setiap tablet alfalfa Shaklee mengandungi 300mg.
Mengikut kajian lebih 300 nutrien dan mineral yang ada dalam pokok alfafa ni. Antaranya kalsium, fosforus, zat besi, magnesium, bioflavonoid, vitamin dan klorofil.
(👍🏻rupa bentuk alfalfa😃)
ANTARA KHASIAT ALFAFA
1. AGEN DETOX
Sesiapa je yang nak kurus memang elok dan wajib makan alfafa ni. Amy pun memang makan alfafa ni, kalau rasa dah terlebih makan memang akan telan alfafa ni. Alfafa akan bertindak dalam badan dan buang melalui najis, so tak adalah rasa menyesal sangat bila makan banyak.Lagi satu, kalau korang makan vitamin untuk kecantikan tapi tak nampak kesannya boleh detoks dulu dengan alfafa ni. Alfafa berfungsi membuang toksin yang ada dalam badan, barulah vitamin lain yang kita makan mudah diserap.
2. KEPUTIHAN
Alfafa dapat membantu kurangkan keputihan, kegatalan dan bau yang kurang menyenangkan. Ia juga berfungsi ala-ala kacip fatimah dan tongkat ali untuk pasangan yang sudah berkahwin.
3. MILK BOOSTER
Alfafa juga berfungsi untuk memeriahkan susu badan bagi ibu-ibu yang menyusu. Bagi ibu-ibu yang sedang menyusu, Amy syorkan sangat amalkan alfafa ni. Orang dulu-dulu makan daun alfafa macam tu je, kita sekarang ni dah untung dan bertuah sangat-sangat sebab shaklee dah tabletkan alfafa ni bagi memudahkan untuk kita telan.
4. KESIHATAN TULANG
Nutritionist shaklee pernah memaklumkan, makan 10 biji alfafa ni umpama kita minum segelas susu tinggi kalsium. Tulang yang sihat perlukan kalsium yang cukup. Jadi, kalau tak suka minum susu boleh makan alfafa ni sebagai ganti.
5. MASALAH BAU BADAN, KAKI DAN MULUT
Masalah bau ni berkait rapat dengan toksin dalam badan. Bila kita makan alfafa, toksin dalam badan akan disingkirkan dan secara tidak langsung bau badan akan berkurangan.
Ada seorang customer ni, anak lelaki dia ada masalah kaki berbau sebab kerja sentiasa pakai safety shoes. Kasut tu kan tebal dan kedap udara sikit, bila anak dia buka kasut satu rumah berbau. Jadi, dia bagi anak dia makan alfafa dan letak juga alfafa tu dalam kasut serta hancurkan alfafa dan sapu kat kaki. Alhamdulillah kaki anak dia dah kurang berbau.
6. RESDUNG
Alfafa juga bagus untuk resdung. Bagi yang resdung terlalu kuat memang patut ambil alfafa ni. Bagi yang resdung kuat ni, memang tak boleh makan seafood kan? Tengok orang sebelah makan, telan air liur je lah gamaknya. Hehe... Jadi, sebelum korang nak makan seafood tu, seeloknya telan alfafa dulu.
Sama juga yang alah dengan habuk dan lain-lain, boleh ambil alfafa untuk kawal resdung. Bahaya juga resdung ni, boleh buat mata buta kalau tak dirawat.
Tanda-tanda korang ada resdung:
- Nafas berbau
- Kerap selesema
- Hidung tersumbat
- Gatal-gatal di kawasan muka (hidung, pipi dan mata)
- Kerap bersin
- Tidur berdengkur
- Kerap sakit kepala
- Rambut gugur
Lain-lain khasiat alfafa ni adalah untuk gout, lancarkan haid, kawal gula dalam darah, kawal kolesterol, atasi masalah sembelit, masalah kesuburan dan sebagainya.
Namun, ada golongan yg tidak digalakkan mengambil alfalfa...
GOLONGAN YANG TIDAK BOLEH MAKAN ALFAFA
1. PENGHIDAP SLE
Dalam alfafa ada sedikit protien yang memberi tindakbalas kepada pesakit SLE. Sebab itulah pesakit SLE tidak boleh makan alfafa. Shaklee pun ada tulis kat botol alfafa tu.
2. PESAKIT PSORIASIS
Psoriasis ialah sejenis penyakit autoimmune yang mengubah jangka hayat sel-sel kulit. Psoriasis menyebabkan pertumbuhan pantas sel-sel di permukaan kulit. Lebihan sel kulit ini akan membentuk satu kawasan kulit tebal berkilat yang kering, sangat gata dan adakalanya menyakitkan.
Psoriasis adalah sejenis penyakit kronik yang kekal lama. Penyebab penyakit ini masih belum diketahui tetapi umumnya ia berkait dengan sistem imun dan genetik individu.
3. IBU MENYUSU BAYI G6PD DEFICIENCY
G6PD ialah enzim glucose-6-phospate-dehydrogenase. G6PD membantu sel darah merah untuk berfungsi dengan baik, melindunginya dari sebarang gangguan luar termasuklah dari sumber makanan dan ubatan. Bayi kekurangan G6PD bermakna badan bayi tidak menghasilkan enzim G6PD yang cukup.
Alfafa tinggi dengan Vitamin K, sebab itulah ibu menyusu yang ada bayi G6PD tidak boleh makan alfafa (sepanjang tempoh penyusuan sahaja). Ibu menyusu boleh ambil ESP dan Vitamin Set Penyusuan yang lain untuk milk booster.
KELEBIHAN DAN KEBAIKAN ALFALFA SHAKLEE / ALFALFA COMPLEX SHAKLEE YANG UTAMA :
1. Mencuci hati, darah dan usus – ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.
2. Melawan alahan – Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air (athlete’s foot) dengan berkesan. Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut. Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperasiditi, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.
3. Menyingkirkan lemak dan kolesterol – kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya Alfalfa sahaja mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolesterol.
4. Melawan tumor – Memakan 30-50 tablet untuk mengalkalikan badan, dengan itu memperbaiki sel-sel kanser dan membuang tumor.
5. Melegakan keletihan – Melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakan penyakit.
6. Mencegah/ merawat atritis – Melegakan sakit atritis dan kesakitan.
PERLUKAN RUNDINGAN / INGIN MENJADI PENGEDAR SAH / INGIN MEMESAN PRODUK SHAKLEE DARI SUMBER SEMULAJADI,
HUBUNGI SAYA :
SAYA PERUNDING / PENGEDAR SAH SHAKLEE
SHAKLEE INDIPENDENT DISTRIBUTOR
AMY SUHAILA BINTI LATIFF
SHAKLEE ID : 1407660
EMAIL : amysuhaila1105@gmail.com
No comments: