내 마음의 왕: ☕️ SNACK
Showing posts with label ☕️ SNACK. Show all posts
Showing posts with label ☕️ SNACK. Show all posts

Wednesday, 29 May 2019

RESIPI SUGAR CANDY (PPOPGI) 뽑기


Assalamualaikum readers sekalian...kali ni amy nak share pasal sejenis gula-gula yang berasal dari korea yang dinamakan ppopgi (뽑기)...ppogi ni juga dikenali dengan nama dalgona (달고나) dan gukja (국자) di korea...

Amy dah pernah buat...siap record video lagi...but then iphone amy pulak yg bermasalah semua gambar dan video hilang pulak...amy pulak jenis x backup data ke icloud...hmmm...akhirnya hilang lah semua gambar yang lain jugak...mujur sempat transfer gambar kahwin dan gambar-gambar yang penting dua tiga hari sebelum tu...alahaiiii...kalau tak memang menangis tak berair mata gambar kahwin hilang...hahahahaha...melalut pulak dah...

Bahan-bahan dia x banyak pun...cuma gula dan baking soda...nak buat ppopgi ni tak susah mana cuma perlu bersabar...timing kena betul...lagi kreatif lagi bagus...teknik tu kena ada...hehehe...

Actually, amy mula-mula buat ppopgi ni rupa dia tak cantek mana pun...dah kite buat suka-suka...amy pun tahu ppopgi ni dari cerita running man yang episod ke 172...sebab cara dia buat nampak simple so amy pun siap search youtube bagai nak try...try and error...bila dah ada rasa pro sedikit je tu yang siap pergi record video bagai...video pun kalut last-last hilang mcm tu je...nasib lah...hahahaha...

Long story short...so...

BAHAN-BAHAN :

1½ tbs + 1 ts gula perang atau gula putih biasa
Secubit baking soda


CARA-CARANYA :

1. Letakkan gula tersebut ke dalam senduk (amy guna senduk je sbb nak cari dia punya proper senduk korea tu payah nak cari) dan panaskan dengan api sederhana sehingga mencair.


2. Gaul dengan sudu supaya tidak hangus dan sekata. Kawal kepanasan dengan menjauhkan dan mendekatkan senduk sekiranya perlu.
3. Gaul gula yang cair tersebut sehingga menjadi licin tanpa sebarang benjolan (lumps).


4. Tambah baking soda ke dalam senduk dan teruskan menggaul. Cecair tu akan mengembang dan berubah dari coklat muda kepada krim coklat keemasan.



5. Taburkan 1 ts gula ke atas kertas pembakar. Tuangkan adunan gula yang panas di senduk ke atas taburan gula tersebut.


6. Letakkan batang cucuk sate di tengah bahagian bawah gula-gula, 1 inchi dari bucu atas.
7. Tekan ke bawah dengan apa-apa objek yang rata dan tidak melekat seperti mangkuk stainless steel, penutup atau spatula (amy guna spatula je).


8. Gunakan pemotong biskut untuk menekan corak di tengah-tengah gula-gula tersebut.


9. Tunggu selama 1 minit sehingga gula-gula menjadi keras. Selamat mencuba!






Lee Kwang Soo yang sentiasa dengan kegelojohan dia...hahahaha...jangan pergi makan panas-panas macam Lee Kwang Soo pulak...tapi yang panas tu jugak la sedap...

Saturday, 6 May 2017

RESIPI KIMBAP (김밥) HOMEMADE STEP BY STEP

Assalamualaikum w.b.t,

Kimbap/Gimbap adalah makanan korea yang diperbuat daripada nasi putih dan ditambah dengan bermacam-macam bahan yang lain yang digulung dalam lapisan seaweed kering (kim/gim) dan dihidang dalam bentuk bite-size slices. Kimbap biasa dimakan semasa picnics ataupun mana-mana outdoor events ataupun sebagai hidangan ringan pada waktu tengah hari. Kimbap kebiasaannya dihidangkan bersama danmuji/takuan (yellow pickled radish) dan kimchi. Kimbap juga merupakan popular take-out food di Korea.

Amy suka Kimbap sebab ada macam-macam rasa, sayur pun ada, protein ada, nak taruh apa-apa yang kita nak pun boleh, lengkap gitew. Si dia pun suka makan Kimbap yang amy buatkan sebab semua rasa ada. Nak request taruh apa-apa bahan pun boleh.

Kali ni amy akan ajar step by step dan bahan yang diperlukan untuk membuat Kimbap.

STEP 1 : MASAK NASI PUTIH

BAHAN-BAHAN :
2 cup beras sushi
2.5 cup air untuk masak nasi
2 sudu besar minyak bijan
1/2 sudu kecil garam

CARA-CARANYA :
1. Rendam 2 cup beras sushi & 2.5 cup air selama 30 minit. Kemudian, masukkan ke dalam rice cooker dan masak macam biasa.
2. Bila sudah masak, keluarkan ke dalam bekas lain dan masukkan minyak bijan dan garam. Gaul hingga sebati.

TIPS : Garam boleh dimasukkan semasa masa nasi.

STEP 2 : FILLING TUNA MAYO

BAHAN-BAHAN :
1 tin tuna in water
Mayonise secukupnya
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam secukupnya
Serbuk lada putih secukupnya

CARA-CARANYA :
1. Buang semua air tuna, pastikan kering dan masukkan semua bahan yang lain. Gaul hingga sebati.

STEP 3 : FILLING WAJIB ^_^

BAHAN-BAHAN:
Bayam
Timun
Carrot
Danmuji/takuan

CARA-CARANYA :
Bayam : ambil bahagian daun sahaja dan rebus bersama beberapa titis minyak bijan.
Timun : hiris memanjang.
Carrot : Hiris nipis dan dimasak seketika. Letakkan sedikit garam dan blackpepper semasa masak.
Danmuji/takuan : potong memanjang. (Danmuji/takuan homemade kalau x ada boleh dapatkan di grocery store yang sudah disediakan)

P/S : Amy akan ajarkan cara membuat Danmuji dalam entry yang berikutnya yer. Yalah...homemade kan lagik bagus dari yang di beli sedia siap. Kita pun x tauk halal kah sik bah. Nok benda susah dicarik nang pia.

STEP 4 : TELUR DADAR

BAHAN-BAHAN :
3 biji telur dadar
Serbuk lada putih
Garam

CARA-CARANYA :
1. Buat je macam buat telur dadar biasa. Setelah siap, hiriskan memanjang.

STEP 5 : SEDIAKAN SEAWEED DAN TIKAR BAMBU

Seaweed ni amy beli dekat supermarket je. Bagi yang tinggal dekat mukah, seaweed ni boleh beli dekat Glory dan Medan Mall. Tempat lain not sure ada ke x.

Tikar ni amy beli di Mukah ni je. Mana-mana supermarket ada jual. Jangan salah beli tikar mengkuang pulak. Hahahahaha.

HIASAN : MINYAK BIJAN & SESAME SEED

BAHAN-BAHAN :
Minyak bijan
Sesame seed

CARA-CARANYA :
1. Sesame seed tu panaskan dalam 1 - 2 minit dalam microwave atau boleh sangai sekejap.
2. Dua bahan ini digunakan untuk sapu dan tabur selepas Kimbap siap digulung.

STEP 6 : JOM GULUNG KIMBAP 
1. Selepas bahan semua dah siap, bolehlah kita start gulung-gulung.
2. Sebelum gulung, sediakan seaweed laver dan letakkan di atas tikar bambu. Pastikan yang kilat tu belah bawah yang kasar di ataas ye.
3. Kemuadian, letakkan nasi pada permukaan seaweed. Jangan banyak sangat nanti Kimbap jadi gemok pulak. Nipis-nipis cukuplah. Tinggalkan ruang 1 - 3 inci, bawah tu pun tinggalkan sedikit ruang supaya dia boleh melekat.
4. Ratakan nasi dulu barulah penyek-penyekkan supaya padat.
5. Kemudian letak filling pulak. Letakkan filling satu persatu di atas nasi yang sudah diratakan supaya senang untuk digulung.
6. Lastly, kita gulung tikar bambu tersebut setelah semua filling dah disusun. Semasa mula menggulung, kena pegang hujung bambu dan jari jemari kena tahan segala timun tu. Kang terburai pulak.
7. Dah siap gulung, sapu sesame oil atas kimbap dan tabur sesame seed tadi.
8. Tadaaaaaa! Kimbap sudah siap.

TIPS : Potong Kimbap macam ni dan susun di atas pinggan. Hidangkan dengan Danmuji ataupun kimchi.

Siap untuk dimakan. Selamat menjamu selera! ^_^


Friday, 5 May 2017

RESIPI SIUMAI / DUMPLING MUDAH DAN SEDAP

BAHAN-BAHAN UNTUK KULIT :

250gm tepung gandum
80gm tepung ubi
200-220ml air panas mendidih
Sedikit garam
1 1/2 sudu besar minyak masak

CARA-CARA MEMBUAT KULIT :

1. Satukan tepung gandum, tepung ubi, garam dan minyak masak. Gaul sebati.
2. Masukkan sedikit demi sedikit air panas.
3. Uli sehingga adunan tidak melekat pada tangan.
Biarkan adunan selama 20 minit dalam bekas tertutup.


BAHAN-BAHAN UNTUK INTI :

2 keping isi ayam kisar halus
12 ekor isi udang dikisar halus
3 biji bawang merah kecil dicincang halus
2 biji bawang putih dicincang halus
Sedikit carrot dicincang halus
Sedikit daun bawang
Sedikit lada sulah
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu kecil minyak bijan
1 biji telur dipukul kembang
1 biji cili merah besar dipotong halus

CARA MEMBUATNYA :

1. Satukan semua bahan dan gaul sehingga sebati.


PROSES MEMBUAT / MELIPAT SIUMAI / DUMPLING

1. Canaikan adunan tepung tadi(macam buat kulit karipap)
2. Letak inti di tengah-tengah
3. Lipat mengikut kreativiti anda. Lipat macam karipap pun boleh.
4. Bila dah siap bolehlah kukus atau goreng. Dah siap.

Amy selalu hidangkan dengan sos ataupun kicap manis pedas. Kalau malas nak buatkan sos sendiri pakai kicap jenama mahsuri tu pun boleh. Makan dengan sos barulah ada umphhhh! Selamat mencuba.