내 마음의 왕: ☕️ RICE CAKE
Showing posts with label ☕️ RICE CAKE. Show all posts
Showing posts with label ☕️ RICE CAKE. Show all posts

Monday, 15 May 2017

RESIPI / CARA MEMBUAT RICE CAKE UNTUK TTEOKBOKKI

Assalamualaikum w.b.t...dah tengok cerita "Kimchi Untuk Awak" x kwn2? Ni ha...amy nak share cara buat rice cake. X da kaitan dengan kimchi k. Rice cake ni makanan orang korea untuk buat rice cake soup, tteokbokki dan lain-lain lagi. Rice cake / tteok() ni dibuat dari tepung beras pulut. Tteok biasanya dibahagi kepada 4 katogeri tau. "Steamed tteok"(찌는 떡, 甑 餠), ''Pounded tteok"(치는 떡, 搗 餠), ''Boiled tteok"(삶는 떡 搗 餠) dan "Pan-fried tteok"( 지지 는 떡 油煎 餠).

BAHAN-BAHAN :

3 cawan tepung beras
1 1/2 cawan air
1 sudu kecil garam
1 1/2 cawan air dicampur dengan 1 sudu kecil minyak bijan

CARA-CARANYA :

1. Campurkan tepung beras, garam dan air. Kacau hingga sebati.
2. Kukus campuran tepung yang telah sebati.
3. Kukus dalam 20minit ke atas.
4. Uli doh yang dah dikukus semasa masih panas. Doh ni panas k. Kalau xnak melecur pakai sarung tangan dan lapiskan dengan plastik.
5. Kalau ada bread maker tu boleh lah masukkan dalam bread maker. Setting macam nak buat doh pizza dalam 25 minit lah k.
6. Uli doh guna tangan dan tambah campuran air dan minyak bijan sepanjang meguli.Uli doh dalam bentuk memanjang.

Siap! Dah boleh simpan dalam suhu bilik. Amy salu simpan dalam peti sejuk. Anytime nak guna potong banyak mana nak gune. Hehehehehe. Selamat mencuba.