내 마음의 왕

Wednesday, 29 May 2019

BAHAN-BAHAN PENTING (ESSENTIAL KOREAN INGREDIENTS)

Assalamualaikum...kali ni amy nak share bahan-bahan penting dalam masakan korea...

Macam yang amy cakap sebelum ni...bahan-bahan penting adalah serba boleh...boleh digunakan dalam banyak hidangan dan perlu ada "stock" setiap masa...

Ini adalah bahan masakan korea yang mesti ada. Amy pun tak boleh tolak ansur kalau kehabisan "stock". Amy sentiasa pastikan "stock" sentiasa ada. Sekiranya ada bahan-bahan ini, dekat mana-mana pun boleh masak masakan korea yang sedap...termasuk kimchi!

BERAS SUSHI (ssal) 멥쌀 :


Beras ni pendek dan melekat sedikit. Kadang nak cari beras ni amatlah susah. Bila memang x dapat nak cari amy gune je beras wangi sebab beras wangi ni ada "sticky" sikit. Amy x memilih brand sangat tapi brand ni selalu ada dijual di SHOPEE...beras ni pn boleh je cari dekat mall...cume kawasan amy i je terpencil sikit tu yang susah nak cari.

KICAP SOYA (jinganjang)진간장 :


Nama lain untuk jin-ganjang ialah yangjo-ganjang (양조간장), wae-ganjang (왜간장) dan ganjang (간장).

Ada je jual yang betul-betul korea punya soy sauce dekat mall or online store. Tapi amy ni tekak orang kampung sikit. Melayu tu x dapat nak di tinggal. Kicap yang dalam gambar ni jugak lah pilihan hati amy. Kicap cap unta ni amy sentiasa "restock". Sebab amy suka adjust masakan korea ikut tekak amy sikit..hahahaha...klw readers sekalian nak beli yang korean punya boleh lah cari di online store or mall ye...

PES KACANG SOYA (doenjang) 된장 :



Doenjang ni bahan klasik dekat korea yang dorang selalu gunakan untuk masakan harian dorang. Sup atau rebusan yang menggunakan pes kacang soya sangatlah ikonik dan lazat dari semua hidangan korea. Doenjang ni dibuat dari kacang soya dan sibentuk menjadi blok yang dikeringkan dan ditapai/diperam selama beberapa bulan sebelum direndam dalam air garam untuk beberapa bulan lagi. Cecair dari peraman tersebut lah yang menghasilkan kicap soya korea dan pepejal pula menjadi pes kacang soya a.k.a doenjang.

PES CILI (gochujang) 고추장 :


Pes ni peda, manis, masin dan rasa dia tidak lah nenyengat sangat. Akhir-akhir ini gochujang semakin popular dan tidak hanya untuk makanan korea. Sesetengah orang korea memberitahu bahawa pes ini adalah pes sihir mereka kerana mereka menggunakannya di mana-mana sahaja. Pes ini boleh di beli di mall ataupun di online store. Amy simpan pes ni di dalam peti sejuk.

SERPIHAN CILI (gochugaru) 고추가루 :


Serpihan ni sedikit manis dan pedas. Selepas dibuka bungkusan serpihan cili, simpan di dalam peti sejuk untuk mengekalkan kesegarannya. Serbuk cili yang kita jumpa selalu di mall bukanlah sama dengan serpihan cili ni. Bentuk serbuk dan serpihan tidak sama. Tahap kepedasan pun tidak sama.

MINYAK BIJAN (chamgireum) 참기름:


Bau minyak ni sangat kuat dan sesetengah orang tidak menyukainya. Minyak ini dibuat daripada biji bijan. Minyak bijan korea yang sebenar adalah berbeza dari minyak bijan yang kita mudah jumpa. Amy sentiasa ada minyak bijan di rumah sebab boleh digunakan bila-bila masa. Cuba beberapa jenama yang berbeza dan lihat mana satu yang anda suka.

SOS IKAN (aekjeot) 액젓 :


Sos ikan ni rasa dia masin. Sos ikan yang terbaik adalah sos yang ada rasa masin dan sedikit manis. Ia adalah ramuan penting bagi masakan korea dan kadang menggantikan kicap soya dalam kebanyakan resipi.

BIJI BIJAN BAKAR (bokkeun-kkae) 볶은깨 :


Biji bijan ni jarang jumpa yang dah "roasted". Amy selalu beli yang biasa dan bakar sendiri di rumah tanpa minyak.

Itulah benda-benda asas yang amy sentiasa ada di rumah...mudah je kan...untuk masak masakan melayu pn boleh...x semestinya untuk masakan korea jer...hehehehe...selamat mencuba tau...
RESIPI SUGAR CANDY (PPOPGI) 뽑기


Assalamualaikum readers sekalian...kali ni amy nak share pasal sejenis gula-gula yang berasal dari korea yang dinamakan ppopgi (뽑기)...ppogi ni juga dikenali dengan nama dalgona (달고나) dan gukja (국자) di korea...

Amy dah pernah buat...siap record video lagi...but then iphone amy pulak yg bermasalah semua gambar dan video hilang pulak...amy pulak jenis x backup data ke icloud...hmmm...akhirnya hilang lah semua gambar yang lain jugak...mujur sempat transfer gambar kahwin dan gambar-gambar yang penting dua tiga hari sebelum tu...alahaiiii...kalau tak memang menangis tak berair mata gambar kahwin hilang...hahahahaha...melalut pulak dah...

Bahan-bahan dia x banyak pun...cuma gula dan baking soda...nak buat ppopgi ni tak susah mana cuma perlu bersabar...timing kena betul...lagi kreatif lagi bagus...teknik tu kena ada...hehehe...

Actually, amy mula-mula buat ppopgi ni rupa dia tak cantek mana pun...dah kite buat suka-suka...amy pun tahu ppopgi ni dari cerita running man yang episod ke 172...sebab cara dia buat nampak simple so amy pun siap search youtube bagai nak try...try and error...bila dah ada rasa pro sedikit je tu yang siap pergi record video bagai...video pun kalut last-last hilang mcm tu je...nasib lah...hahahaha...

Long story short...so...

BAHAN-BAHAN :

1½ tbs + 1 ts gula perang atau gula putih biasa
Secubit baking soda


CARA-CARANYA :

1. Letakkan gula tersebut ke dalam senduk (amy guna senduk je sbb nak cari dia punya proper senduk korea tu payah nak cari) dan panaskan dengan api sederhana sehingga mencair.


2. Gaul dengan sudu supaya tidak hangus dan sekata. Kawal kepanasan dengan menjauhkan dan mendekatkan senduk sekiranya perlu.
3. Gaul gula yang cair tersebut sehingga menjadi licin tanpa sebarang benjolan (lumps).


4. Tambah baking soda ke dalam senduk dan teruskan menggaul. Cecair tu akan mengembang dan berubah dari coklat muda kepada krim coklat keemasan.



5. Taburkan 1 ts gula ke atas kertas pembakar. Tuangkan adunan gula yang panas di senduk ke atas taburan gula tersebut.


6. Letakkan batang cucuk sate di tengah bahagian bawah gula-gula, 1 inchi dari bucu atas.
7. Tekan ke bawah dengan apa-apa objek yang rata dan tidak melekat seperti mangkuk stainless steel, penutup atau spatula (amy guna spatula je).


8. Gunakan pemotong biskut untuk menekan corak di tengah-tengah gula-gula tersebut.


9. Tunggu selama 1 minit sehingga gula-gula menjadi keras. Selamat mencuba!






Lee Kwang Soo yang sentiasa dengan kegelojohan dia...hahahaha...jangan pergi makan panas-panas macam Lee Kwang Soo pulak...tapi yang panas tu jugak la sedap...
RESIPI TUNA PANCAKE (CHAMCHIJEON) 참치전


Assalamualaikum readers sekalian alam...since bulan mei ni bulan kelahiran amy...so...mood rajin nak blogging tu melimpah ruah lah pulak...hahahahaha...kali ni amy nak share resipi tuna pancake a.k.a chamchijeon (참치전) pulak...

BAHAN-BAHAN :

1 tin tuna (boleh gunakan tuna in water)
1/4 cawan daun bawang yang dicincang halus
1 ulas bawang putih yang dicincang halus
Garam (secukup rasa)
1/4 ts lada hitam
1 ts minyak bijan
1 biji telur
1 tbs tepung (tepung naik sendiri/tepung gandum)

CARA-CARANYA :

1. Buang lebihan air di dalam tin tuna tersebut dan letakkan di dalam mangkuk. Hanya gunakan isi tuna sahaja.
2. Letakkan daun bawang, bawang putih, garam secukupnya, lada hitam, telur, minyak bijan dan tepung ke dalam isi tuna tersebut dan gaul sehingga sebati.


3. Panaskan kuali dengan api sederhana dan letak minyak sedikit.
4. Letakkan sesudu makan adunan tuna pancake ke dalam kuali yang telah dipanaskan.


5. Tekan sedikit adunan dan bentukkan sedikit menjadi bentuk bulat menggunakan sudu.
6. Masak sehingga kedua-dua bahagian menjadi coklat keemasan. 


7. Hidangkan tuna pancake begitu sahaja atau boleh dimakan dengan nasi. 


Lebih kurang macam makan nugget laaa...hehehehe...nak makan mcm tu je pun boleh...terkadang tu terlebih kreatif sedikit so ubahsuai ikut citarasa masing-masing lah ye...ni yang paling simple nak buat...selamat mencuba...muahhh siket...hehehehe

Tuesday, 28 May 2019

RESIPI KIMCHI PANCAKE (KIMCHIJEON) 김치전

Assalamualaikum dan selamat menyambut bulan ramadhan readers sekalian alam...amy nak share resipi kimchijeon a.k.a kimchi pancake yang dibuat dari kimchi cincang (chopped kimchi)...cukup untuk 2-4 serving...

BAHAN-BAHAN :

1 cawan kimchi yang telah dicincang kasar
3 tbs jus kimchi
2 tbs daun bawang yang dicincang halus
Garam
Gula
1/2 cawan tepung (tepung serbaguna / tepung gandum)
1/4 cawan air

CARA-CARANYA :

1. Masukkan semua bahan di atas ke dalam mangkuk dan gaul sehingga sebati.


2. Panaskan kuali dengan api sederhana dan letak minyak sedikit.
3. Letakkan adunan kimchi pancake di atas non-stick pan tersebut dan ratakan menggunakan sudu. Elakkan meletak adunan terlalu tebal. 
4. Masak sehingga kedua-dua bahagian menjadi coklat keemasan dan rangup.


Tips : Hidangkan sebaik keluar dari kuali untuk lebih sedap dan crunchy atau potong ala pizza untuk menghidang.


Selamat mencuba semuanya...dan jangan lupa share klw dah cuba ye...hehehehe

Thursday, 18 May 2017

RESIPI PULUT DURIAN SEDAP DAN MUDAH

BAHAN-BAHAN :

2 cawan beras pulut susu (direndam lebih kurang 30minit)
1 biji kelapa yang telah dimesin
1 cawan air panas
Garam secukup rasa
Buah durian di ambil isinya
Gula pasir (untuk ditabur, jika suka)

CARA-CARANYA :

1. Rendam beras pulut atau apa jenis beras pulut selama 30 minit, kemudian toskan.
2. Panaskan periuk kukusan, apabila air sudah mendidih, masukkan beras pulut susu yang telah ditoskan tadi dan kukus sehingga masak.
3. Untuk santan pula, masukkan kelapa yang sudah dimesin tadi ke dalam blender, campur 1 cawan air panas dan blendkan. Selepas itu, tapis kelapa tersebut untuk mendapatkan santannya.
4. Campurkan santan yang telah diblend tadi dengan sedikit garam,  kacau sebati. Tujuannya supaya santan terasa lemak-lemak masin.
5. Untuk menikmati pulut durian pula, masukkan pulut, santan, isi durian ke dalam mangkuk  dan taburkan sedikit gula pasir(kalau suka). Siap! Boleh terus makan!

Amy selalu ganti gula pasir tu dengan gula melaka yg dah parut ataupun dengan isi kelapa yg dah blend dan dimasak/digoreng dengan gula melaka. Sedap...rugi x try tau.