May 2019 - 내 마음의 왕

Thursday 30 May 2019

RESIPI SOS CECAH PEDAS KOREA (SSAMJANG) 쌈장

Assalamualaikum readers sekalian...kali ni amy nak share resipi sos cecah korea yang pedas...jangan ingat korea xde sos or sambal...dorang pun ada tau...hahahahaha...cume cara diorang buat je lah berbeza...bahan-bahan pun berbeza...kalau kita sini x habis-habis dengan belacan...dorang sana pulak tak habis-habis dengan gochujang...oh ya...gochujang dan doenjang dalam resipi ni korang boleh beli dari SHOPEE tau...tempat lain x pasti pulak tapi ada je yang jual homade gochujang dan doenjang yang halal...

BAHAN-BAHAN :

1/4 cawan doenjang (pes kacang soya)
1 tbs gochujang (pes cili)
1 batang daun bawang dicincang
1 ulas bawang putih yang dicincang
1/4 cawan bawang besar yang dicincang
2 ts madu
2 ts biji bijan panggang
2 ts minyak bijan

CARA-CARANYA :

1. Gunakan sudu dan gaulkan kesemua bahan sehingga sebati.
2. Pindahkan ke dalam mangkuk kecil dan hidangkan dengan nasi dan daun salad atau dengan BBQ daging.




Selamat mencuba...boleh lah makan BBQ "wraps" macam dalam drama korea kan lepas ni...x dapat pergi korea mencuba buat sendiri pun boleh...hehehehe
PENGENALAN KEPADA BAHAN MASAKAN KOREA


Assalamualaikum readers...kali ni amy cuma nak kenalkan serba sedikit berkaitan dengan bahan masakan korea...

Masakan korea sebenarnya senang nank dibuat kalau bahan-bahan asa sudah tersedia dan pandai menggunakan mengikut keperluan. Dalam post kali ini amy akan ajar yang "beginner"bahan apa yang perlu dibeli dan kegunaannya. Sekiranya ada soalan boleh tinggalkan comment di bawah atau dm personally ok...

Bahan-bahan masakan korea terbahagi kepada 3 bahagian :


  • Bahan-bahan penting adalah serba boleh...boleh digunakan dalam banyak hidangan dan perlu ada "stock" setiap masa.
  • Ramuan yang baik untuk kegunaan bila-bila masa dan anda perlu menyimpan "stock" di rumah atau membeli hanya bila kehabisan "stock".
  • Bahan-bahan khusus adalah terutamanya baik untuk satu atau dua hidangan...jadi, jika anada tidak menyukai hidangan tersebut...anda mungkin tidak memerlukannya dalam masakan.
JENAMA / BRANDS?

Sesetengah kita nak beli bahan berjenama baru rajin nak masak. Bagi amy, cukup sekadar bahan tersebut halal, belum tamat tempoh dan segar. Berjenama atau tidak kalau nak masak pun malas tetap tidak menjadi jugak. Hehehehe...

DI MANA NAK CARI/BELI?

Kebiasaannya amy beli bahan basah di market basah setiap hujung minggu. Untuk bahan kering pula klw ada yang terjumpa di mall amy grab je trus. Untuk bahan-bahan yang susah nak cari memang "online shopping" lah jadinye...hahahaha...kebiasaan nya amy beli dekat SHOPEE...tapi kita pengguna kenalah pandai memilih...jangan main semberono je beli...nanti yang datang kualiti dia x bagus nak masak pun susah kan... 

Zaman sekarang ni mudah je...dekat facebook pn ada yang jual bahan masakan korea...dekat instagram pn ada...siap ada yang jual "instant" lagi...nak tak nak je beli...ahahhahaha...contohnye macam dekat MariMogo ni...instant ada utk memasak pun ada...

So, goodluck lah yer untuk readers sekalian...kalau masakan menjadi tu share lah dekat amy sekali...selamat mencuba!
BAHAN-BAHAN KHUSUS (SPECIALIZED INGREDIENTS)

Assalamualaikum readers sekalian...kali ni amy nak share bahan-bahan khusus dalam masakan korea. Bahan-bahan ni x perlu di "stock up" sentiasa sebab bahan-bahan ni kurang serba boleh daripada bahan-bahan yang lain. Bahan ni biasanya untuk hidangan yang lebih khusus tetapi tidak berapa penting.

MIE KANJI (dangmyeon) 당면 :




Nama lain untuk mie kanji (starch noodles) ialah dangmyun, tang myun, dan tangmyun. Mie ni adalah bahan yang perlu untuk membuat japchae terbaik. Mie ini juga dikenali sebagai "mie kaca". Simpan di tempat yang sejuk dan kering.

Mie ni diperbuat daripada kanji ubi keledek dan hampir transparent selepas dimasak. Amy selalu gantikan mie ini dengan suhun. Cuma pastikan suhun tersebut halal untuk yang Islam ye.

PES KACANG HITAM (chunjang) 춘장 :



Nama lain untuk chunjang ialah jjajang (짜장). Pes ini kebiasaannya digunakan untuk membuat jjajangmyeon. Warnanya hitam, rasanya sedikit masin dan sedikit manis. Ia gelap dan dibuat daripada campuran kacang soya, tepung, dan karamel yang ditapai/diperam. Simpan di dalam peti sejuk selepas dibuka.

SERBUK KANJI KACANG HIJAU (cheongpomuk-garu) 청포묵가루 :



Nama lain untuk cheongpomuk-garu ialah nokdumokgaru (녹두묵가루). Ia bahan terpenting dalam hidangan cheongpomuk muchim.Hidangan ini sentiasa popular. Bukan sahaja lazat, tetapi ia sihat, rendah kalori, dan vegeterian, jadi sesiapa sahaj boleh menikmatinya.

Simpan di tempat yang sejuk dan kering selama 2 hingga 3 bulan.

SERBUK BARLI (yeotgireum-garu) 엿기름가루 :


Untuk pengetahuan semua, serbuk ini digunakan orang korea untuk membuat shikhye. Serbuk ini membekalkan rasa manis dan malt. Selain shikhye, serbuk ini juga digunakan untuk membuat gochujang. Simpan di tempat yang sejuk dan kering selama 2 hingga 3 bulan.

DRIED POLLOCK (bugeochae) 북어채 :


Bahan ini digunakan oleh orang korea untuk membuat bugeoguk, yang bukan sahaja lazat bagi mereka tetapi juga ubat mabuk. Pollock adalah ikan putih yang serupa dengan ikan kod. Ikan ini boleh dimakan segar, tetapi orang korea juga mengeringkannya untuk kegunaan kemudian. Yang terbaik dikeringkan oleh angin laut di bawah matahari. Apabila kering, ikan ini sangat keras seperti kayu. Di zaman dahulu, ia perlu ditumbuk dahulu untuk melembutkannya sebelum ia boleh dicincang. Simpan di dalam peti sejuk dan tahan sehingga 6 bulan.

PINE NUTS (jat)  :



Pine nut ni digunakan oleh orang korea untuk membuat jatjuk atau ditambah ke dalam teh halia. Ia juga digunakan seperti hiasan untuk hidangan seperti galbijjim, tauhu mapo,dan labu kukus dengan pengisian beras. Boleh disimpan di dalam peti sejuk selama beberapa bulan.


RAMUAN YANG BAIK (GOOD-TO-HAVE INGREDIENTS)

Assalamualaikum readers sekalian...kali ni amy nak share pasal ramuan dalam masakan korea. Bila kehabisan mana-mana ramuan ni, amy akan rasa tak selesa. Perkara yang bagus tentang ramuan-ramuan ini ialah ia boleh disimpan dalam jangka masa yang lama di dalam peti sejuk. Amy selalu beli "extra" bila perlu...so, bila habis cuma perlu top up guna yang extra sedia ada...hehehehehe...

IKAN BILIS KERING (mareun-myeolchi) 마른멸치 :



Ramuan ni diguna untuk stew, stok dan hidangan yg lain. Even ddeokbokki pun masak gune ni tau... Kalau dekat pasar ada dijual banyak jenis. Ada yang besar, yang kecil, ada yang dah dikupas, ada yang bellum dikupas...tinggal pilih je nak beli yang mana. Tapi klw untuk buat stok sup amy ambil jalan mudah je. Gantikan dengan kiub pati ikan bilis MAGGI. Haaaaa...zaman sekarang katakan...jenama KNORR pun ada...nak mudah senang je...hehehehehe...
RUMPAI LAUT KERING (gim)  :




Rumpai laut kering ni ada je jual dekat mall. "Seaweed" sheet a.k.a nori ni boleh digunakan untuk buat gimbap atau dipanggang dan dihancurkan untuk dijadikan hiasan nasi goreng atau bibimbap. Bila ada nori ni dekat rumah bila-bila masa boleh buat gimbap & etc.

Nori ni die di buat dari rumpai laut yang dah dicincang dan dikeringkan jadi lembaran yang nipis macam kertas. Nori ni banyak khasiat die tau. Ia penuh dengan protein dan vitamin, terutamannya besi, yodium, dan vitamin A, B1, B2, B6, dan B12. Ia lazat sebagai makanan ringan, sihat dan untuk membungkus beras dan sayuran.

SHIITAKE MUSHROOM (pyogo-buseot) 표고버섯 :



Shiitake mushroom ni ada yang dijual kering. Untuk yang kering, cendawan ni perlu direndam dahulu di dalam air sejut atau hangat sehingga lembut sebelum digunakan. Cendawan ni juga penting dalam masakan japchae, untuk vegeterian boleh gantikan daging menggunakan cendawan ni. Simpan dalam pantri atau beku.

MI NIPIS (somyeon) 소면 :




Mi nipis ni digunakan dalam kebanyakan masakan korea. Tapi...mi nipis korea kadang susah nak cari yang halal. Untuk memudahkan, amy selalu gunakan bihun. Amy suka guna mihun cap masjid. Bihun dekat mana-mana boleh cari dan beli.

LOBAK PUTIH (mu)  :




Lobak putih ni sedap untuk membuat kimchi dan hidangan yang lain. Rangup je bila gigit.

Cara simpan lobak putih ni, bungkuskan dengan surat khabar dan beg plastik sebelum diletakkan ke dalam peti sejuk. Kalau disimpan macam ni ia memang akan tahan lama. Nak beli lobak putih yang bagus, cari yang bahagian atas dia ada sedikit kehijauan, kulit tidak bercalar dan berkilat je.

TEPUNG BERAS MANIS (chapssalgaru) 찹쌀가루 :




 Dengan tepung beras ni amy boleh buat mochi ala korea, dan yang lain. Amy pun ada guna tepung ni untuk buat kimchi, dan tambahkan sedikit ke dalam adunan pancake untuk buat pancake rangup dan sedikit kenyal. Kadang tepung ni dikenali sebagai "tepung beras pulut", "tepung mochi", "tepung beras bubuk", atau "tepung beras ketan manis". Tepung ni sebenarnya x mempunyai gluten dan tepung ni melekit seperti gam.

Itulah kesemua ramuan yang bagus untuk masakan korea. Selamat mencuba...hehehehe

Wednesday 29 May 2019

BAHAN-BAHAN PENTING (ESSENTIAL KOREAN INGREDIENTS)

Assalamualaikum...kali ni amy nak share bahan-bahan penting dalam masakan korea...

Macam yang amy cakap sebelum ni...bahan-bahan penting adalah serba boleh...boleh digunakan dalam banyak hidangan dan perlu ada "stock" setiap masa...

Ini adalah bahan masakan korea yang mesti ada. Amy pun tak boleh tolak ansur kalau kehabisan "stock". Amy sentiasa pastikan "stock" sentiasa ada. Sekiranya ada bahan-bahan ini, dekat mana-mana pun boleh masak masakan korea yang sedap...termasuk kimchi!

BERAS SUSHI (ssal) 멥쌀 :


Beras ni pendek dan melekat sedikit. Kadang nak cari beras ni amatlah susah. Bila memang x dapat nak cari amy gune je beras wangi sebab beras wangi ni ada "sticky" sikit. Amy x memilih brand sangat tapi brand ni selalu ada dijual di SHOPEE...beras ni pn boleh je cari dekat mall...cume kawasan amy i je terpencil sikit tu yang susah nak cari.

KICAP SOYA (jinganjang)진간장 :


Nama lain untuk jin-ganjang ialah yangjo-ganjang (양조간장), wae-ganjang (왜간장) dan ganjang (간장).

Ada je jual yang betul-betul korea punya soy sauce dekat mall or online store. Tapi amy ni tekak orang kampung sikit. Melayu tu x dapat nak di tinggal. Kicap yang dalam gambar ni jugak lah pilihan hati amy. Kicap cap unta ni amy sentiasa "restock". Sebab amy suka adjust masakan korea ikut tekak amy sikit..hahahaha...klw readers sekalian nak beli yang korean punya boleh lah cari di online store or mall ye...

PES KACANG SOYA (doenjang) 된장 :



Doenjang ni bahan klasik dekat korea yang dorang selalu gunakan untuk masakan harian dorang. Sup atau rebusan yang menggunakan pes kacang soya sangatlah ikonik dan lazat dari semua hidangan korea. Doenjang ni dibuat dari kacang soya dan sibentuk menjadi blok yang dikeringkan dan ditapai/diperam selama beberapa bulan sebelum direndam dalam air garam untuk beberapa bulan lagi. Cecair dari peraman tersebut lah yang menghasilkan kicap soya korea dan pepejal pula menjadi pes kacang soya a.k.a doenjang.

PES CILI (gochujang) 고추장 :


Pes ni peda, manis, masin dan rasa dia tidak lah nenyengat sangat. Akhir-akhir ini gochujang semakin popular dan tidak hanya untuk makanan korea. Sesetengah orang korea memberitahu bahawa pes ini adalah pes sihir mereka kerana mereka menggunakannya di mana-mana sahaja. Pes ini boleh di beli di mall ataupun di online store. Amy simpan pes ni di dalam peti sejuk.

SERPIHAN CILI (gochugaru) 고추가루 :


Serpihan ni sedikit manis dan pedas. Selepas dibuka bungkusan serpihan cili, simpan di dalam peti sejuk untuk mengekalkan kesegarannya. Serbuk cili yang kita jumpa selalu di mall bukanlah sama dengan serpihan cili ni. Bentuk serbuk dan serpihan tidak sama. Tahap kepedasan pun tidak sama.

MINYAK BIJAN (chamgireum) 참기름:


Bau minyak ni sangat kuat dan sesetengah orang tidak menyukainya. Minyak ini dibuat daripada biji bijan. Minyak bijan korea yang sebenar adalah berbeza dari minyak bijan yang kita mudah jumpa. Amy sentiasa ada minyak bijan di rumah sebab boleh digunakan bila-bila masa. Cuba beberapa jenama yang berbeza dan lihat mana satu yang anda suka.

SOS IKAN (aekjeot) 액젓 :


Sos ikan ni rasa dia masin. Sos ikan yang terbaik adalah sos yang ada rasa masin dan sedikit manis. Ia adalah ramuan penting bagi masakan korea dan kadang menggantikan kicap soya dalam kebanyakan resipi.

BIJI BIJAN BAKAR (bokkeun-kkae) 볶은깨 :


Biji bijan ni jarang jumpa yang dah "roasted". Amy selalu beli yang biasa dan bakar sendiri di rumah tanpa minyak.

Itulah benda-benda asas yang amy sentiasa ada di rumah...mudah je kan...untuk masak masakan melayu pn boleh...x semestinya untuk masakan korea jer...hehehehe...selamat mencuba tau...
RESIPI SUGAR CANDY (PPOPGI) 뽑기


Assalamualaikum readers sekalian...kali ni amy nak share pasal sejenis gula-gula yang berasal dari korea yang dinamakan ppopgi (뽑기)...ppogi ni juga dikenali dengan nama dalgona (달고나) dan gukja (국자) di korea...

Amy dah pernah buat...siap record video lagi...but then iphone amy pulak yg bermasalah semua gambar dan video hilang pulak...amy pulak jenis x backup data ke icloud...hmmm...akhirnya hilang lah semua gambar yang lain jugak...mujur sempat transfer gambar kahwin dan gambar-gambar yang penting dua tiga hari sebelum tu...alahaiiii...kalau tak memang menangis tak berair mata gambar kahwin hilang...hahahahaha...melalut pulak dah...

Bahan-bahan dia x banyak pun...cuma gula dan baking soda...nak buat ppopgi ni tak susah mana cuma perlu bersabar...timing kena betul...lagi kreatif lagi bagus...teknik tu kena ada...hehehe...

Actually, amy mula-mula buat ppopgi ni rupa dia tak cantek mana pun...dah kite buat suka-suka...amy pun tahu ppopgi ni dari cerita running man yang episod ke 172...sebab cara dia buat nampak simple so amy pun siap search youtube bagai nak try...try and error...bila dah ada rasa pro sedikit je tu yang siap pergi record video bagai...video pun kalut last-last hilang mcm tu je...nasib lah...hahahaha...

Long story short...so...

BAHAN-BAHAN :

1½ tbs + 1 ts gula perang atau gula putih biasa
Secubit baking soda


CARA-CARANYA :

1. Letakkan gula tersebut ke dalam senduk (amy guna senduk je sbb nak cari dia punya proper senduk korea tu payah nak cari) dan panaskan dengan api sederhana sehingga mencair.


2. Gaul dengan sudu supaya tidak hangus dan sekata. Kawal kepanasan dengan menjauhkan dan mendekatkan senduk sekiranya perlu.
3. Gaul gula yang cair tersebut sehingga menjadi licin tanpa sebarang benjolan (lumps).


4. Tambah baking soda ke dalam senduk dan teruskan menggaul. Cecair tu akan mengembang dan berubah dari coklat muda kepada krim coklat keemasan.



5. Taburkan 1 ts gula ke atas kertas pembakar. Tuangkan adunan gula yang panas di senduk ke atas taburan gula tersebut.


6. Letakkan batang cucuk sate di tengah bahagian bawah gula-gula, 1 inchi dari bucu atas.
7. Tekan ke bawah dengan apa-apa objek yang rata dan tidak melekat seperti mangkuk stainless steel, penutup atau spatula (amy guna spatula je).


8. Gunakan pemotong biskut untuk menekan corak di tengah-tengah gula-gula tersebut.


9. Tunggu selama 1 minit sehingga gula-gula menjadi keras. Selamat mencuba!






Lee Kwang Soo yang sentiasa dengan kegelojohan dia...hahahaha...jangan pergi makan panas-panas macam Lee Kwang Soo pulak...tapi yang panas tu jugak la sedap...