BAHAN-BAHAN KHUSUS (SPECIALIZED INGREDIENTS) - 내 마음의 왕

Thursday 30 May 2019

BAHAN-BAHAN KHUSUS (SPECIALIZED INGREDIENTS)


Assalamualaikum readers sekalian...kali ni amy nak share bahan-bahan khusus dalam masakan korea. Bahan-bahan ni x perlu di "stock up" sentiasa sebab bahan-bahan ni kurang serba boleh daripada bahan-bahan yang lain. Bahan ni biasanya untuk hidangan yang lebih khusus tetapi tidak berapa penting.

MIE KANJI (dangmyeon) 당면 :




Nama lain untuk mie kanji (starch noodles) ialah dangmyun, tang myun, dan tangmyun. Mie ni adalah bahan yang perlu untuk membuat japchae terbaik. Mie ini juga dikenali sebagai "mie kaca". Simpan di tempat yang sejuk dan kering.

Mie ni diperbuat daripada kanji ubi keledek dan hampir transparent selepas dimasak. Amy selalu gantikan mie ini dengan suhun. Cuma pastikan suhun tersebut halal untuk yang Islam ye.

PES KACANG HITAM (chunjang) 춘장 :



Nama lain untuk chunjang ialah jjajang (짜장). Pes ini kebiasaannya digunakan untuk membuat jjajangmyeon. Warnanya hitam, rasanya sedikit masin dan sedikit manis. Ia gelap dan dibuat daripada campuran kacang soya, tepung, dan karamel yang ditapai/diperam. Simpan di dalam peti sejuk selepas dibuka.

SERBUK KANJI KACANG HIJAU (cheongpomuk-garu) 청포묵가루 :



Nama lain untuk cheongpomuk-garu ialah nokdumokgaru (녹두묵가루). Ia bahan terpenting dalam hidangan cheongpomuk muchim.Hidangan ini sentiasa popular. Bukan sahaja lazat, tetapi ia sihat, rendah kalori, dan vegeterian, jadi sesiapa sahaj boleh menikmatinya.

Simpan di tempat yang sejuk dan kering selama 2 hingga 3 bulan.

SERBUK BARLI (yeotgireum-garu) 엿기름가루 :


Untuk pengetahuan semua, serbuk ini digunakan orang korea untuk membuat shikhye. Serbuk ini membekalkan rasa manis dan malt. Selain shikhye, serbuk ini juga digunakan untuk membuat gochujang. Simpan di tempat yang sejuk dan kering selama 2 hingga 3 bulan.

DRIED POLLOCK (bugeochae) 북어채 :


Bahan ini digunakan oleh orang korea untuk membuat bugeoguk, yang bukan sahaja lazat bagi mereka tetapi juga ubat mabuk. Pollock adalah ikan putih yang serupa dengan ikan kod. Ikan ini boleh dimakan segar, tetapi orang korea juga mengeringkannya untuk kegunaan kemudian. Yang terbaik dikeringkan oleh angin laut di bawah matahari. Apabila kering, ikan ini sangat keras seperti kayu. Di zaman dahulu, ia perlu ditumbuk dahulu untuk melembutkannya sebelum ia boleh dicincang. Simpan di dalam peti sejuk dan tahan sehingga 6 bulan.

PINE NUTS (jat)  :



Pine nut ni digunakan oleh orang korea untuk membuat jatjuk atau ditambah ke dalam teh halia. Ia juga digunakan seperti hiasan untuk hidangan seperti galbijjim, tauhu mapo,dan labu kukus dengan pengisian beras. Boleh disimpan di dalam peti sejuk selama beberapa bulan.


No comments: